
Untuk Ingatan…
Website ini utk keluarga pembeli ww.rahsiataufufah.com sahaja. Seperti diberitahu dlm web, pakej ini untuk kegunaan keluarga dan perniagaan makanan anda. Buat masa ini, pakej ini bukan untuk rujukan mengajar.
Anda dilarang berkongsi secara terbuka segala resepi, tips dan teknik di dalam panduan ini samada di internet, fb, group, komen dan sebagainya. Tapi boleh kongsi dgn orang perseorangan melalui taip/cakap/tulisan anda sendiri. Itupun jika betul-betul perlu. Cuma kena ingatkan orang tu, tidak boleh kongsi secara terbuka juga.
Namun seeloknya beritahu mereka untuk beli sendiri melalui laman webnya. Atau anda belikan untuk mereka sebagai hadiah. Kalau rakan minta resepi, kata je “Elok belajar di www.rahsiataufufah.com berbaloi”
Semoga kita menjaga keberkatan ilmu yang dipelajari agar diri, anak dan keluarga anda baik dan siha . InsyaAllah
PSST: Sebarang pertanyaan perlu guna whatsapp (+60137757915) Tapi sebelum bertanya, pastikan anda tonton kesemua video dan baca kesemua tips dalam website..Bukannya tengok sikit, wasap, tengok sikit wasap
Versi web ini baru sahaja dibuat dengan copy dari versi dvd saya. So jika ada kesilapan copy, sila wasap saya taw. tq.
MENU UTAMA
Boleh klik Menu Di bawah atau scroll Down
MODUL 1: CARA BUAT TAUFUFAH ORI
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 2: CARA MEMBUAT ANEKA TAUFUFAH
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 3: CARA MEMBUAT AIR SOYA
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 4: MESIN & KIRA KOS & BISNES
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 5: BONUS TAUHU & LAIN-LAIN
Boleh klik Tajuk Di bawah atau scroll Down

Klik Sini Utk Kembali Ke Menu Utama
MODUL 1: CARA BUAT TAUFUFAH ORI
1a. Pengenalan &
Taufufah pada asalnya merupakan masakan dari masyarakat Cina. Namun keenakkannya turut digemari oleh pelbagai bangsa lain terutamanya masyarakat melayu. Sehingga ramai orang melayu menjualnya di pasar malam. Ia memang mendapat sambutan yang mengalakkan dan diminati pelbagai lapisan masyarakat.

Proses membuat taufufah tidak sukar. Secara ringkas air dan kacang soya direndam dan di dikisar dengan mesin blender. Seterusnya ditapis untuk menghasilkan air soya pekat. Kemudian Air Soya Pekat dimasak. Akhir sekali, campuran tepung jagung dan sekko/GDL akan membantu memekatkan dan mengeraskan air soya pekat untuk menjadi taufufah. Anda boleh lihat prosesnya dengna lebih jelas seperti disebelah:


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1b. Peralatan Membuat Taufufah

1. Periuk untuk merendam kacang soya dan masak pati soya pekat
2. Blender atau pengisar untuk mengisar kacang soya dengan air.
3. Kain atau penapis nylon untuk menapis dan mendapatkan pati atau air soya pekat
4. Tupperware kedap udara untuk menyimpan taufufah.
5. Satu botol plastik kosong (1.5ml) untuk menyukat air.
6. Senduk mengacau air soya pekat yang dimasak di dalam periuk
7. Penimbang digital untuk sukatan gdl yang tepat. Jika terlebih gdl walaupun 0.5gm sudah menjadikan taufufah masam.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1c. Resepi Taufufah Kecil
Bahan Untuk Pati/Air Soya Pekat
250gm Kacang Soya
1500ml Air
50gm Susu Cair
Bahan Pengeras Taufufah
3 – 3.3gm GDL (Terlebih gdl akan masam)
25gm Tepung Jagung
50gm/50ml Air Sejuk (Wajib gunakan Campuran air dan ais untuk air benar2 sejuk)
Bahan Hilang Buih
1.5gm Anti Buih Defoam (Optional)
Hasil taufufah bergantung juga pada kualiti kacang soya, jenis gdl dan tekniknya Anda wajib baca tips tambahan 1f sebelum membuat taufufah. GDL boleh dibeli di kedai bahan bakery. Nak lembut dan cantik kena cari gdl japan. Kalau tak jumpa boleh beli di shopee. Manakala kacang soya kanada yang terbaik.
1c. Resepi Taufufah Besar
Bahan Untuk Pati/Air Soya Pekat
1000gm Kacang Soya
6000gm Air
200gm Susu Cair
Bahan Pengeras Taufufah
12 gm GDL (Terlebih gdl akan masam)
100gm Tepung Jagung
200gm Air Sejuk (Wajib gunakan Campuran air dan ais untuk air benar2 sejuk)
Bahan Hilang Buih
6gm Anti Buih Defoam (Optional)
Jika anda ingin taufufah yang lebih keras boleh tambah sukatan kacang soya.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1d. Video Membuat Taufufah Original
Video 1d: Cara Membuat Taufufah Original
Ringkasan video di atas:
1. Kita gunakan resepi taufufah kecil di modul 1c. Atas video ajee.
2. Kacang soya dibersihkan dan direndam selama 2jam. Selepas 2 jam, tukar airnya dan rendam lagi 2jam.
3. Seterusnya kacang soya dikisar dengan 1500ml air paip. Oleh kerana mesin blender tak muat kisar sekali semua. Maka kita perlu bahagi dua kacang soya dan air paip seperti di dalam video.
4. Selepas dikisar, kita perlu tapis untuk mengeluarkan pati soya. Anda boleh tapis guna kain atau penapis nylon. Tapi lebih mudah tapis menggunakan fruit juicer seperti di dalam video.
Nota: Di dalam video saya guna fruit juicer brand panasonic model MJ-H100.
5. Pati soya yang siap diperah perlu dibuang buih di atasnya. Anda boleh guna penapis untuk buang buih. Atau cara mudah guna bahan anti buih defoam. Ada dijual di shopee. Campurkan sahaja, buih akan hilang.
6. Seterusnya pati soya perlu dimasak dengan api kecil sehingga mendidih. Selepas mendidih, biarkan 2-3 minit dan matikan api.
Nota: Semasa memasak anda perlu pastikan bahagian dasar periuk tiada soya yang hangit.
7. Terus bancuh bahan pengeras iaitu gdl, tepung jagung dan air seperti dalam resepi. Dan masukan ke dalam bekas nasi atau bekas kedap udara. .
8. Tuang air soya pekat yang masih panas, kacau dan terus tutup. Anda kacau dengan cepat ya. Sebab dalam masa 1-2 minit, ia akan mengeras.
Nota: Baca dulu tips tambahan kenapa taufufah pecah sebelum membuatnya.
9. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1e. Resepi & Video Air Gula Putih Taufufah
Video 1e: Cara Buat Air Gula Putih Taufufah
Resepi Air Gula Putih
750gm Air,
300gm Gula Pasir
2 Helai Daun pandan (Optional utk bau)
Ringkasan video di atas:
1. Masak air dan gula dengan api sederhana. Selepas mendidih kecil api dan masukkan daun pandan dan biarkan sekejap 1-2 minit dan matikan api.
Nota: Nak lagi pekat, didih lama lagi. Untuk lebih jelas, tonton video dibawah.
Nota: Untuk bisnes gunakan bekas taufufah: PP container 16oz. Dan tuangkan dulu air gula, kemudian letakkan taufufah kedalamnya
Nota: Anda juga membuatnya dengan segera tanpa masak. Caranya dengan mencampurkan air panas dengan gula di dalam cawan. Sukatannya mengikut citarasa anda.
2. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1f. Resepi & Video Air Gula Merah Taufufah
Video 1f: Cara Buat Air Gula Merah
Resepi Air Gula Merah
750ml air 200gm gula pasir
100gm gula merah
100gm gula melaka
25gm Kicap
2 helai Daun Pandan (Optional untuk bau)
Ringkasan video di atas:
1. Campur kesemua bahan resepi ke dalam periuk kecuali daun pandan dan masak dengan api sederhana. Masak hingga mendidih.
2. Selepas mendidih, masukkan daun pandan dan biarkan dalam 1-2 minit dan matikan api. Siap
Nota: Jika nak lebih pekat, biarkan ia didih lebih lama. Anda perlu menapis air gula melaka sebelum digunakan.
Nota: Untuk bisnes gunakan bekas taufufah: PP container 16oz. Dan tuangkan dulu air gula, kemudian letakkan taufufah kedalamnya.
NOta: Jika anda rasa air gula merahnya manis sangat, anda boleh tambahkan sedikit air. Atau jika suka lebih manis, tambahkan gula.
3. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1g. Tips Tambahan – Punca Taufufah Hancur
1. Sebab utamanya ialah kacang soya anda beli adalah stok lama. Kacang soya di kedai runcit biasanya stock lama kerana jarang orang beli kacang soya. Elok beli di tempat peniaga-peniaga membeli kacang soya. Kacang soya seperti juga buah. Macam buah mangga, ada yang masam dan ada yang tak elok. Elok beli kacang soya import kanada daun merah grade A yang terbaik spt dalam video.
2. Tiga perkara yang anda perlu ingat. 1. Air soya pekat mestilah panas, 2. campuran tepung jagung dan GDL mestilah menggunakan air benar-benar sejuk (kena guna campuran air dan ais). 3. Selepas curah air soya panas ke dalam campuran gdl, mestilah kacau cepat-cepat dan tutup. Supaya semua bahan dapat bercampur dengan segera sebelum bahan aktif GDL mula mengeras.
3.Garam mineral seperti garam makan akan menyebabkan taufufah anda hancur. Kerana ia akan menjejaskan fungsi gdl. Untuk taufufah JANGAN meletakkan garam. Bahan perisa yang berasid atau masam juga boleh menyebabkan taufufah hancur. Air tapis juga mengandungi garam mineral yang merosakkan gdl. Guna air paip sahaja.
4. Rendaman kacang soya terlalu lama akan menyebabkan taufufah kurang berkualiti. Elok rendam dalam 4-6 jam sahaja. Jika lebih 6 jam, boleh menyebabkan air terpisah dari susu soya, jika buat pada kuantiti yang banyak
5. Serbuk GDL elok cari gdl japan untuk hasil yang baik dan halus. Jika tak jumpa di tempat anda boleh beli di shopee. Dan perlu timbang gdl tepat. Jika terlebih 0.5gm gdl pun, ia akan menjadikan taufufah anda masam.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Tambahan – Punca Taufufah Hancur
6. Penutup bekas tupperware yang digunakan kena benar-benar kuat untuk menahan udara wap panas dari keluar. Tekanan wap panas di dalam bekas boleh menjadikan taufufah licin dan cantik. Elok gunakan tupperware khas kedap udara yang ada pengunci. Lagi elok guna thermos nasi seperti di dalam video taufufah.
7. Air soya perlu dimasak dengan api kecil supaya bahagian bawah tidak hingit. Jika bahagian bawah banyak hangit, ia akan akan menyebabkan kualiti air soya pekat kurang baik dan menjadikan taufufah kasar.
Nak Taufufah Lembut Atau Keras.
1. Mungkin anda suka taufufah yang lebih lembut. Atau mungkin juga anda suka taufufah yang lebih keras. Oleh itu amat penting mengetahui cara mengubah suai resepi agar bersesuaian dengan citarasa anda atau pelangan anda.
2. Sekiranya anda ingin taufufah lebih lembut, anda hanya perlu kurangkan sukatan kacang soyanya dari 250gm kepada 240gm. Cara ini akan mengurangkan kepekatan susu soya pekat dan menjadikan taufufah lebih lembut. Atau boleh tambahkan lagi sukatan susu cair utk taufufah lebih lemak dan lembut.
3. Sebaliknya jika anda mahu taufufah lebih keras, tambahkan sukatan kacang soya kepada 270gm atau 280gm. Kerana ada kacang soya yang pati soyanya kurang dibandingkan dengan kacang soya lain. Elok beli kacang soya import kanada daun merah grade A

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1

1g. Tips Tambahan – Punca Taufufah Hancur
Punca Taufufah Tidak Sedap
1. Terlebih menggunakan GDL akan menyebabkan rasa masam. Elok guna penimbang digital sebab jika terlebih 0.5gm pun dah menjadikan taufufah masam. So jika taufufah anda masam, anda hanya perlu kurangkan sukatan gdlnya.
2. Kacang soya stok lama juga menjadikan taufufah tidak sedap. Pastikan anda membeli di kedai yang ramai pembelinya. Dan belilah dari kedai yang dikunjungi oleh peniaga kerana stok baru . Pastikan kacang soyanya licin, bersih, berkilat dan tidak berkedut. Kacang soya muda (saiznya kecil) menyebabkan rasa kurang sedap/payau.
3. Semasa memasak air soya pekat elok pastikan bahagian bawah taufufah tidak hangit dan tiada kerak pada bahagian bawah taufufah. Jika bahagian bawah hangit akan menyebabkan rasa kurang sedap pada taufufah dan taufufah menjadi lebih kasar. Sebab itu elok masak dengan api yang kecil mengelakkan bawah cepat hangit.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
1h. Teknik Mengandakan Resepi Taufufah
1h. Teknik Mengandakan Resepi Taufufah
JIka anda buat pada kuantiti yang banyak, anda perlu adjust sedikit resepinya berdasarkan hasil pertama taufufah anda. Katakan kita nak buat 1kg kacang soya. Langkah pertama ialah darabkan semua resepi dengan gandaan 4 seperti dibawah:
Kacang Soya = 250gm X 4 = 1000gm (1kg)
Air =1500gm X 4 = 6000gm
Susu Cair = 50gm X 4 = 200gm
GDL = 3gm X 4 = 12gm
Tepung Jagung = 25gm X 4 = 100gm
Air Sejuk = 50gm X 4 = 200gm
Gunakan lebih banyak ais untuk air benar-benar sejuk.
Buat dulu dengan cara yang sama dan lihat hasilnya. Jika anda mahu taufufahnya lebih lembut, boleh kurangkan sikit sukatan kacang soya. Atau jika anda ingin taufufah lebih keras, tambah lagi sukatan kacang soya. Jika taufufah ada rasa masam, perlu kurangkan sikit gdlnya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 1
MODUL 2: CARA MEMBUAT ANEKA TAUFUFAH
2a. Video Taufufah Cendol
Video 2a: Cara Buat Taufufah Cendol
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d dulu iaitu cara buat taufufah original.
2. Untuk taufufah cendol, anda perlu tuangkan cendol hijau, air gula merah dan santan cendol ke atas taufufah. Cara buat air gula merah, santan cendol dan cendo hijau seperti di bawah:
Resepi Air Gula Merah
500gm Gula Merah
500gm Gula Pasir
150gm Kicap Masin
Air Paip
3. Untuk Air gula merah kita perlu masak gula merah, gula pasir, kicap dan air dengan api sederhana. Bila mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mendidih dan pekat selama 1-2 jam.
Resepi Santan Cendol
2kg Santan
1tin Susu Cair Saji
Garam Secukupnya
4. Untuk santan cendol, Masukkan santan santan dan susu cair terlebih dahulu ke dalam balang. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit garam sehingga rasa lemak manis.
Nota: Susu cair mengandungi pengawet yang akan menjadikan santan lebih sedap dan tahan lama.
Nota: Beli santan siap diperah dengan mesin sebab tahan lama. Sebab perah dengan tangan punca cepat basi.
Resepi Cendol Hijau
1 Cawan TEpung Beras
3 Cawan Air Paip
5 Sudu Besar Tepung Ubi
2 Sudu Besar Air Kapur
1 Sudu Kecil Garam
2 Sudu Besar Pewarna Hijau
Ringkasan video di atas:
5. Untuk cendol, masak semua bahan resepi cendol sehingga menjadi adunan cendol berkilat dan pekat. Guna api sederhana. Dan masukkan adunan cendol ke dalam acuan muruku dan ditekan. Tekan adunan kedalam air sejuk. Siap.
Nota: Jika nak cendol lebih keras, anda hanya tambah sukatan tepung ubi untuk cubaan kedua. Jika mau lembut, kurangkan sukatan tepung ubi sahaja untuk cubaan kedua.
Nota: Biasa peniaga beli siap cendol hijau di pasar besar. Kalau beli di pasar besar, harga lebih murah. Jimat masa beli siap.
6. Untuk kacang merah, rendam kacang merah di dalam air semalaman atau lebih 8 jam. Kemudian ia direbus sehingga empuk atau lembut (atau boleh guna stim).
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2b. Video Taufufah Jagung Koktel
Video 2b: Cara Buat Taufufah Jagung Koktel
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d dulu iaitu cara buat taufufah original.
2. Semasa memasak air soya pekat tambahkan sedikit demi sedikit perisa jagung double lion sehingga warna yang anda mahukan. Langkah seterusnya sama seperti di ajar di modul 1d. Rujuk sana.
Nota: Pastikan anda guna brand double lion. Brand lain mungkin tak jadi.
3. Taufufah jagung yang telah siap di masukkan ke dalam mangkuk. Dan masukkan buahan-buahan koktel ke atas taufufah jagung.
4. Seterusnya tuangkan satu sudu besar susu cair dan air gula putih taufufah ke atas taufufah jagung. Air gula putih ada diajar di modul 1e.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2c. Video Krim Karamel Taufufah
Video 2c: Cara Buat Krim Karamel Taufufah
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d untuk cara merendam dan memasak air soya pekat.
2. Kita perlu buat karamel dulu. Caranya masak 120gm air paip + 240gm gula pasir + 1 sudu pewarna merah. Masak sehingga benar-benar pekat. Dan tuangkan ke dalam mangkuk.
3. Buat satu resepi kecil taufufah yang diajar di modul 1d. Aambil 1 liter air soya pekat yang siap diperah. Kemudian masak dengan api kecil.
4. Selepas 1 liter air soya pekat mendidih, matikan api dan masukkan 150gm vanila flan dan kacau.
Nota: Kalau anda masak 1.5 liter air soya pekat, guna 225gm serbuk vanila flan.
Nota: Serbuk vanila flan mix brand CARTE D’OR boleh di beli di shopee.com.my. Masa kerja di hotel memang saya guna serbuk ini dalam membuat krim karamel.
5. Seterusnya tuang ke dalam mangkuk yang berisi air gula karamel yang kita buat di step 2. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 4-5jam.
6. Selepas sejuk keluarkan ia dengan terbalikkan di atas piring. Siap.
Nota: Kita tidak menggunakan gdl untuk buat taufufah karamel ini.
7. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2d. Video Kek Karamel Taufufah
Video 2d: Cara Buat Kek Karamel Taufufah
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d dan 2c sebelum menonton video ini.
2. Potong kek dan masukkan ke dalam bekas. Boleh beli kek siap dari hypermarket atau belajar di www.bisneskek.com
2. Masak 1 liter air soya pekat. Selepas mendidih, masukkan 150gm vanila flank seperti diajar di modul 2c.
Nota: Anda juga boleh juga guna 1 liter air soya diminum yang diajar di modul 3b.
3. Seterusnya tuang ke atas bekas yang berisi kek yang dipotong.
Nota: Serbuk vanila flan mix brand CARTE D’OR boleh di beli di shopee.com.my.
4. Untuk lapisan atas, masak 90gm crystal jelly nona yang di campur dengan 400gm air paip. Dan selepas mendidih, tuangkan ke atas bekas yang berisi kek karamel.
Nota: Lain jenama crystal jelly, lain sukatan resepi. So kena baca juga resepi dibelakang packaging.
5. Selepas siap, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan 4-5 jam sebelum dimakan.
9. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2e. Video Puding Soya Perisa Strawbery
Video 2e: Cara Buat Puding Soya Rasa Strawbery
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d dulu iaitu cara buat taufufah original.
Resepi
1000gm Air Soya Pekat Panas
200gm gula pasir
10gm Serbuk Agar-Agar
Perisa/Emulco Secukup Rasa
1. Masak 1000gm air soya pekat seperti yang di ajar di modul 1d. Kemudian campurkan gula pasir dan serbuk agar-agar ke dalam air soya pekat.
2. Seterusnya masukkan sedikit demi sedikit perisa atau emulco sehingga warna yang dimahukan.
3. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk dalam masa lebih kurang 1-2 jam sehingga ia keras.
4. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
2f. Video Membuat Taufufah Air Gula Perisa Tebu
Video 2f: Cara Membuat Taufufah Air Gula Perisa Tebu
Ringkasan video di atas:
1. Pastikan anda telah menonton video modul 1d dan 1e terlebih dahulu.
2. Buat dulu air gula putih untuk taufufah seperti yang diajar di modul 1e video air gula putih.
3. Masukkan perisa tebu brand gold lion ke dalam air gula putih tersebut. Masukkan sikit demi sikit sehingga warna yang dimahukan.
Nota: Boleh masukkan perisa tebu semasa masak air gula atau selepas siap masak.
Nota: Anda boleh gunakan perisa lain seperti perisa strawberry atau jagung.
4. Selepas siap, boleh tuangkan air gula tebu ke dalam taufufah.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 2
MODUL 3: CARA MEMBUAT AIR SOYA
3a. Resepi Air Soya Original
Resepi Air Soya Besar
1000gm Kacang Soya
12Liter/kg Air Paip
200gm Susu Cair
30gm Garam
2 Helai Daun Pandan
Resepi Air Soya Kecil
200gm Kacang Soya
2400ml/gm Air Paip
40-50gm Susu Cair (Ikut citarasa)
6gm Garam
1 Helai Daun Pandan
Untuk air anda boleh sukat dengan liter atau timbang dengan gm, sama sahaja sukatannya.
Hasil air soya juga bergantung pada kualiti kacang soya. Elok beli kacang soya import kanada untuk hasil yang baik. Dan jangan beli di kedai runcit kerana biasanya stok lama sebab jarang orang beli kacang soya nie.
Resepi Air Soya Besar
1000gm Kacang Soya
12Liter/kg Air Paip
200gm Susu Cair
30gm Garam
2 Helai Daun Pandan
Resepi Air Soya Kecil
200gm Kacang Soya
2400ml/gm Air Paip
40-50gm Susu Cair (Ikut citarasa)
6gm Garam
1 Helai Daun Pandan
Untuk air anda boleh sukat dengan liter atau timbang dengan gm, sama sahaja sukatannya.
Hasil air soya juga bergantung pada kualiti kacang soya. Elok beli kacang soya import kanada untuk hasil yang baik. Dan jangan beli di kedai runcit kerana biasanya stok lama sebab jarang orang beli kacang soya nie.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3b. Video Buat Air Soya Dgn Mesin Pengisar Soya
Video 3b: Cara Buat Air Soya Dgn Mesin Pengisar Soya
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 3a. Guna resepi soya kecil
2. Kacang soya perlu direndam 2 jam dulu. Kemudian ditukar air rendaman dan di rendam lagi 2 jam. Seterusnya direndam 1 jam dengan air panas (bukan air mendidih)
3. Selepas siap rendaman, buang air rendaman dan kisar kacang soya dengan air guna mesin blender. Kisar dalam masa 1-2 minit.
4. Selepas kisar, perah pati air soya dengan menggunakan penapis nylon.
Nota: Boleh perah dengan alat fruit juicer seperti brand panasonic untuk lebih mudah.
5. Air soya yang diperah perlu dimasak dengan api yang kecil.
Nota: Gunakan api yang kecil untuk mengelak bawah hangus ang menyebabkan rasa kurang sedap.
6. Apabila air soya hampir masak, masukkan daun pandan.
7. Selepas mendidih, biarkan ia mendidih 2-3 dan matikan api. Dan masukkan garam dan susu cair.
Nota: Jangan masukkan gula pasir kerana ia akan menyebabkan air soya tidak tahan lama. Gula pasir perlu dimasak dengan air dulu hingga didih. Tapi jika terus minum boleh masuk gula pasir.
6. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3c. Video Buat Air Soya Dengan Blender
Video 3c: Cara Buat Air Soya Dengan Blender
Ringkasan video di atas:
1. Resepi ada di modul 2a. Guna resepi soya besar.
2. 1kg Kacang soya perlu direndam 4-6 jam. Seterusnya direndam 1 jam dengan air panas untuk mengeluarkan lebih banyak pati (bukan air mendidih)
3. Selepas siap rendaman, buang air rendaman.
4. Kisar kacang soya dengan 12 liter air dengan guna mesin pengisar soya. Mesin ini mengisar dan terus menapis pati soya.
5. Air soya yang diperah perlu dimasak dengan api yang kecil.
Nota: Gunakan api yang kecil untuk mengelak bawah hangus yang menyebabkan rasa kurang sedap.
6. Apabila air soya mendidih.Masukkan garam, susu cair dan daun panda. Biarkan mendidih lagi selama 2-3-5minit dan matikan api untuk membunuh lebih banyak kulat di dalam air soya. Dan matikan api
Nota: Jangan masukkan gula pasir kerana ia akan menyebabkan air soya tidak tahan lama. Gula pasir perlu dimasak dengan air dulu hingga didih. Tapi jika terus minum boleh masuk gula pasir.
7. Biarkan air soya sejuk. Selepas 1 jam, tuangkan ke dalam balang air dan masukkan ais hancur ke dalamnya.
Nota; Untuk balang 33liter, kita gunakan 1kg kacang soya.
8. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Video Air Gula Untuk Air Soya
Video 3d: Cara Buat Air Gula Untuk Air Soya
Ringkasan video di atas:
1. Dalam video ini, anda akan belajar membuat air gula putih yang diperlukan untuk air soya balang.
2. Anda hanya perlu masukkan gula pasir ke dalam periuk masak anda. Kemudian masukkan air paip sehingga ketinggian air lebih sedikit dari gula pasir di dalam periuk.
3. Masak dgn api yg kecil sehingga air gula mendidih. Bila mendidih, biarkan ia mendidih 2-3minit untuk bunuh kulat di dalamnya. Ini menjadikan air balang tahan lebih lama selepas dicampurkan dengan air gula.
Nota: Untuk satu bungkus air perlukan satu dan lebih sedikit senduk kecil air gula. Memang setiap hari anda kena test dulu sukatan senduk gula. Sebab setiap hari tidak akan sama.
Nota: Untuk satu balang air 33liter perlukan 2.5kg gula pasir. Dalam video, semua kita guna balang 33liter.
Nota: Kalau nak masukkan terus air gula dalam balang, masukkan separuh dulu air gula dan kemudian masukkan sedikit demi sediki air gula hingga rasa yang anda mahukan.
4. Untuk air soya plastik ikat, biasa peniaga guna plastik saiz 9inci X 6inci.
5. Untuk lebih jelas tonton video di atas dengan klik kotak video di atas.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3e. Panduan Buat Air Soya Panas

1. Selepas air soya siap dimasak seperti dalam video 3c. Letak dulu periuk di tempat lain.
2. Dan terus masukkan air gula cair yang telah siap dmasak. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga rasa air soya manis.
Nota: Jangan masukkan gula pasir nanti rosak. Tapi masukkan air gula yang telah siap dimasak hingga mendidih.
Nota: Air gula yang dimasak untuk air soya panas perlu benar-benar mendidih. Lepas air gula mendidih, biarkan 2-3 minit dan matikan api. Ini untuk bunuh semua kulat dalam gula.
3. Selepas siap terus masuk air soya panas ke dalam plastik tahan panas. Selepas itu terus simpan samada di thermos nasi atau kota ais. Ia tahan 12-15jam. Jika anda guna boiler atau mesin 3 in 1 lagi baik.
4. biasa peniaga guna plastik saiz 9inci X 6inci.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3f. Panduan Botolkan Air Soya

1. Selepas air soya masak seperti di modul 3c. Letak periuk ditempat lain. Kemudian biar ia suam sedikit dengan kipas menghadapnya. Selepas suam, masukkan air gula cair seperti diajar di modul 1a.
2. Masukkan air gula sikit demi sikit sehingga rasa manis. Elok masak air gula sehari sebelumnya.
3. Kemudian masukkan ke dalam botol, tutup botol dan masuk ke dalam chiller atau peti sejuk bahagian buah.
4. Ia tahan 4-7 hari bergantung pada suhu chiller anda. Jika anda masak dengan boiler atau mesin 3 in 1, ia lebih sedap & tahan lama.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3g. Panduan Membuat Air Soya Aneka Perisa

1. Untuk Air soya perisa jagung, bandung(perisa ros), strawberi dan keladi, anda boleh guna perisa brand double lion yang murah.
2. Tapi jika nak lebih sedap dan berkualiti, guna emulco strawberi atau keladi yang boleh di beli di kedai bahan bakeri.
3. Untuk air soya coklat, kena guna emulco coklat. Cara masukkannya, tunggu air soya telah sedikit suam, baru masukkan perisa atau emulco sedikit demi sedikit sehingga warnanya cantik. Jika warnanya cantik, rasanya pun akan cantik.
4. Jika dibotolkan, masukkan air gula spt diterangkan di modul 3f.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3h. Panduan Mendapatkan Mesin Soya

Mesin dikiri ialah Mesin Pengisar Kacang Soya (Soya Bean Grinder) Seperti dalam video 2c. Mesin di kanan pula ialah steam boiler yang berfungsi memasak air soya dgn lebih baik pada suhu tinggi untuk air kacang soya tahan lebih lama dan sedap kerana tidak hangit. Lagi elok beli mesin soya 3 in 1 siap pengisar dan boiler.
Mesin ini boleh dibeli di kedai mesin makanan. JIka anda tidak tahu di mana kedainya, tanya dengan kedai bahan bakery dimana kedai menjual mesin penguli tepung. Biasanya ada dijual tempat yang sama. Atau anda juga boleh cari yang terpakai dan harga lebih murah di www.mudah.my


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
3d. Tips Air Soya

Soya powder ini saya beli di kedai bahan bakery 2ply. Ia boleh dijadikan bahan pemekat air soya. Namun pada saya lebih sedap air soya original tanpa pemekat atau perisa tambahan
1. Untuk memekatkan air soya ada 3 cara seperti dibawah:
a. Tambahkan sedikit demi sedikit soya powder sehingga kepekatan yang dimahukan. Jika tak jumpa soya powder, boleh gantikan dengan tepung susu. Cara ini yang biasa digunakan peniaga.
b. Kurangkan sukatan air dalam resepi soya.
c. Lepas air soya mendidih, biarkan ia mendidih lama sikit .
2. Untuk keluarkan lebih banyak pati soya. Rendam kacang soya selama 4 jam. Kemudian buang air rendaman dan masukkan air panas dan biarkan ia direndam dalam air panas selama satu jam.
3. Untuk air soya yang lebih sedap dan tahan lama, elok masak dengan boiler atau mesin soya 3 in 1 kerana tidak akan hangit. Jika guna periuk, masak dengan api kecil dan selepas didih biarkan ia lama sikit untuk ia benar-benar masak dan tahan lama. .
4. Biasanya kilang memasak air soya dengan mesin wap pada suhu atas 200 darjah celcius. Ini dapat membunuh telur kulat dan menjadikan air soya dalam tin tahan lama tanpa pengawet.
5. Jika memasak air soya di periuk biasa, anda kena masak sehingga ia benar-benar masak. Jika tidak ia akan cepat basi. So selepas mendidih, biarkan ia mendidih lama sikit untuk ia benar-benar masak. Guna api yang kecil untuk ia mendidih lama.
6. Untuk menghilangkan buih, gunakan cecair anti foam atau anti buih. Ada dijual di shopee.com.my. Masukkan 1 ml untuk 1 liter air. Masukkan selepas pati air soya keluar dari mesin pengisar dan sebelum dimasak. Jika buat soya banyak shj guna.
7. Jangan masuk gula pasir ke dalam air soya. Sebaliknya gula perlu di masak terlebih dahulu dengan air. Dan elok masak hingga benar-benar mendidih untuk membunuh kulat dalam gula.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 3
MODUL 4: MESIN & KIRA KOS & BISNES
4a Cara Guna Mesin Pengisar Dan Boiler Air Soya

Mesin disebelah kiri ialah Mesin Pengisar Kacang Soya (Soya Bean Grinder Machine). Sama seperti dalam video 3b. Mesin pengisar Ini mengisar kacang soya dengan air dan terus menghasilkan pati air soya yang siap ditapis atau diperah. Mudah bukan, kerja-kerja mengisar dan memerah dilakukan oleh sebuah mesin.
Manakala mesin di sebelah kanan pula ialah Steam Boiler Machine ini berfungsi memasak air soya dengan lebih baik pada suhu tinggi untuk air kacang soya tahan lebih lama (seminggu). Dengan mesin ini anda tidak perlu lagi mengacau air soya anda dan tidak perlu risau kerana air soya anda tidak akan hangit.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4b. Cara Menggunakan Mesin Soya 3 In 1

Mesin 3 in 1 adalah gabungan mesin pengisar soya dan mesin boiler. Cara Guna seperti Di bawah:.
Langkah 1: Masukkan kacang soya di corong atas. Kemudian hidupkan mesin pengisar dan tuangkan air ke dalamnya. Caranya sama seperti cara guna mesin pengisar soya yang diajar di dalam video air soya modul 2c.
Langkah 2: Setkan suhu boiler kepada suhu 110 darjah celcius dan hidupkan boiler. Kalau guna 1-2kilo kacang soya, masak dalam 15minit. Kalau guna 4kg kacang soya, masak dalam 30minit.
Langkah 3: Selepas air soya masak, buka pili air untuk mengeluarkan air soyanya.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4c. Cara Pengiraan Kos Dan Keuntungan
Langkah pertama dalam pengiraan kos ialah mengumpulkan maklumat bahan-bahan yang digunakan, kuantiti dan harganya. Seterusnya kira berapa kos untuk setiap bahan yang digunakan seperti dibawah.

Untuk lebih jelas, kita ambil satu contoh mengira kos kacang soya. Kacang Soya yang beratnya 1000gm berharga RM3.00. Oleh itu, harga 1 gm kacang soya = RM3.00/1000gm = RM0.003 . Jadi untuk 300gm kacang soya harganya ialah RM0.003 X 300gm = RM0.90. Bahan-bahan lain, anda boleh kira sendiri dengan cara yang sama.
Langkah Kedua ialah mengira berapa bungkus taufufah yang dapat dihasilkan dari resepi di atas. Cara terbaik ialah menggunakan berat. Setelah saya timbang, resepi diatas menghasilkan jumlah berat bersih taufufah seberat 1500gm. Manakala satu bungkus taufufah yang dijual beratnya ialah 150gm. Maka jumlah bungkus yang dapat dihasilkan dari resepi di atas ialah 1500gm/150gm = 10 bungkus.
Dan langkah ketiga mengira kos untuk sebungkus taufufah. Seperti yang telah kita kira resepi diatas boleh menghasilkan 10 bungkus taufufah. Manakala jumlah kos seperti di dalam table di atas ialah RM1.60. Jadi pengiraan kos untuk satu bungkus taufufah ialah jumlah kos RM 1.60 / 10 bungkus = RM0.16

Jumlah kos untuk sebungkus taufufah ialah RM0.50. Harga jualan untuk taufufah ialah RM1.00. Jadi keuntungan atau margin keuntungan ialah = RM1.00 – RM0.50 = RM0.50.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4d. Strategi Bisnes Pasar Malam
1. Pilih tempat berniaga yang ramai orang yang mampu beli.
Pemilihan tempat niaga amat penting utk kejayaan perniagaan anda. Sebelum memohon mana-mana tapak pasar malam, pastikan anda telah melihat atau survey tempatnya. Elok lakukan survey atau tinjauan selepas pukul enam petang dan sebelum pukul 9 malam. Kerana pada waktu ini biasanya ramai orang di pasar malam.
Cuba perhatikan, ramai tak orang di pasar malam tersebut. Bangsa apa yang ramai disana dan kuasa membeli mereka. Kuasa membeli dapat dilihat dari barang yang dibawa atau dibeli ditangan mereka. Anda juga boleh berbual-bual dengan peniaga di sana untuk mengetahui jualan mereka. Namun jangan lah bertanya terlalu direct. Jika dengan penjual cakoi, boleh tanya berapa kilo dia buat sehari. Untuk peniaga mee goreng, boleh tanya berapa kuali dia masak sehari ditempat itu..
2. Masa memulakan perniagaan pasar malam amat penting.
Jika anda baru ingin mula bisnes pasar malam, Jangan memulakan selepas hari raya. Kerana pada ketika ini jualan mana-mana perniagaan akan merosot. Selepas hari raya jualan peniaga pasar malam akan merosot dengan agak ketara. Dan jualan akan kembali pulih selepas Raya Cina. Ini bukan kata saya tetapi kata mereka yang telah berniaga di pasar malam lebih 5 tahun
Rasional dari kata-kata mereka ialah selepas hari raya, pembeli kehabisan banyak duit menyambut hari raya. Ada sesetengah pekerja mengambil advance atau pinjaman dari syarikatnya. Dan pinjaman ini perlu dibayar pada bulan-bulan seterusnya secara ansuran. Biasanya dibahagi kepada 3 bulan hingga 6 bulan. Tambahan lagi selepas hari raya biasanya hampir dengan hujung tahun. Orang mula berjimat cermat untuk simpanan perbelanjaan sekolah anaknya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4d. Strategi Bisnes Pasar Malam
3. Pastikan masakan anda sedap dan terbaik sebelum dijual
Kebanyakkan pembeli di pasar malam dari penduduk di taman berdekatan. Kesilapan masakan anda akan menjadi perbualan orang di sana dan akan merosakkan perniagaan pasar malam anda. Tambahan lagi orang kita memang suka mengumpat atau bercerita kekurangan orang lain terutama apa yang dibelinya.
Jadi sebelum anda menjual makanan anda, pastikan kualiti dan rasanya adalah yang terbaik. Bagi yang baru mula hendak berniaga, dapatkan komen-komen ikhlas dari kawan, keluarga dan jiran terlebih dahulu dan terus memperbaiki masakan anda.
Jangan sesekali menjual masakan yang rosak. Contohnya, air soya yang dimasak hangit. Lebih baik tidak berniaga pada hari itu. Jika anda jual juga, anda akan memberi kesan buruk pada bisnes di masa depan. Pembeli pasti tidak akan beli lagi seumur hidup mereka. Malah memburukkan bisnes anda pada org ramai.
4. Signboard perniagaan yang menarik
Signboard dengan nama perniagaan amat penting dalam apa jua perniagaan. Inilah yang membolehkan orang ramai mengenali dan mengingati bisnes anda. Seterusnya memudahkan pembeli untuk kembali membeli dan menyebarkan atau memberitahu kepada sahabat-sahabatnya. Kuasa viral (sebaran) amat membantu dalam apa jua jenis perniagaan. Sudah pasti mereka perlu mengetahui nama bisnes anda untuk disebarkan.
Apa yang penting pada signboard ialah nama yang senang diingat dan menarik perhatian pembeli dan saiznya boleh dilihat dari jauh. Sebagai contoh “Taufufah Special Muar”. Nama seperti ini membuatkan orang tertanya-tanya. Apakah yang special. dan terfikir masakan kampung yang lazat. Ini membuatkan orang ingin tahu dengan lebih lanjut. Nama yang mempunyai kaitan akan membuatkan orang terhenti sejenak untuk melihatnya.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4d. Strategi Bisnes Pasar Malam
Boleh juga buat signboard/papan tanda dari kotak sahaja. Terlebih dahulu print text dan image dari komputer dan tampal pada kotak tersebut dan salut dengan plastik. Anda juga peniaga yang mengupah kedai untuk membuat signboard yang cantik. Yang penting text pada signboard mestilah jelas dan mudah dibaca dari jauh. Dari jauh orang akan datang untuk melihatnya.
Elok juga senaraikan jenis taufufah yang dijual dengan harganya. Nama-nama yang pelik-pelik juga akan menimbulkan keinginan pembeli untuk mencuba dan seterusnya menjadi pelangan anda. Contohnya Taufufah Durian Melaka RM2.00 dan sebagainya.
5. Mencipta kelainan pada masakan anda
Mungkin ada orang akan kata. Jual yang biasa-biasa je macam orang lain jual. Orang lain jual biasa-biasa boleh berjaya. Memanglah sebab mereka sudah lama dan bertahun-tahun berniaga dan mempunyai pelangan tetap. Secara logiknya, adakah orang yang telah bertahun-tahun membeli dari tempat biasanya akan bertukar kepada anda. Mustahil kecuali anda mencipta sebab untuk mereka mencuba di tempat anda. Salah satu sebabnya ialah kelainan pada hidangan anda.
Ya pelbagaikan hidangan anda. Tentunya orang lebih berminat untuk menikmati taufufah cendol dari taufufah biasa bukan. Kelainan ini sebenarnya bukan sahaja menarik perhatian pembeli untuk mencuba. Malah menjadi buah cerita mereka diserata tempat kelak. Ini merupakan kuasa viral atau sebaran secara tidak langsung yang hebat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4d. Strategi Bisnes Pasar Malam
Di pejabat, saya pernah mendengar kawan saya menceritakan nasi lemak di tempatnya memberi percuma satu jika membeli 10 bungkus. Begitu seronok dia menceritakan sesuatu yang pelik. Walaupun tidak ramai yang akan membeli 10 dapat 1 nasik lemaknya tetapi peniaga ini telah menyebabkan tersebarnya bisnesnya dengan lebih cepat. Orang ramai mula bercerita dan mempromosikan bisnesnya tanpa mereka sedari.
Inilah kuasa viral yang hebat dari sesuatu yang pelik. Jadi jangan takut untuk membuat sesuatu yang pelik. Jangan pedulikan apa yang akan dikatakan oleh orang lain atau jiran-jiran niaga anda. Kerana sebenarnya mereka turut membantu menyebarkan perniagaan anda. Yang penting pastikan ia sedap dan berkualiti. Kelainan tidak semestinya pada masakan, malah pada bentuk masakan, warna, presentation dan bermacam lagi
6. Presentation hidangan di atas meja
Biasanya kita akan letakkan cantik-cantik hidangan di atas meja. Pastikan anda memilih warna alas meja yang cerah dan menarik perhatian pembeli. Susunan hidangan yang tinggi dan rendah juga menambah daya tarikan . Yang penting sekali ialah kebersihan tempat niaga. Boleh juga beri sample pada pembeli.
Ada contoh dua peniaga jagung rebus yang berniaga berdekatan. Seorang peniaga mendapat pembeli yang ramai dari peniaga disebelahnya. Bila diperhatikan peniaga ini sentiasa memastikan jagung rebusannya berasap wap. Apabila jagung rebusan mula sejuk, ia memasukkan semula ke dalam tong air rebusan dan keluarkan dengan segera supaya jagungnya kelihatan berwap dan panas. Inilah menarik perhatian pembeli yang merasakan jagungnya baru masak dan masih panas. Pembeli memang suka sesuatu yang panas dan baru dimasak atau berwap.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4d. Strategi Bisnes Pasar Malam
7. Sentiasa tersenyum dan mesra dengan pelangan
Wajah yang senyum dan ceria membuatkan pelangan senang dan terus membeli dengan anda. Jadi sentiasalah tersenyum melayan kerenah pelangan. Hormati kerenahnya dan sentiasa tersenyum. Anda perlu menghargai mereka, kerana merekalah yang memberi gaji atau keuntungan anda. Sama juga dengan anda, sudah pasti anda lebih suka membeli dari mereka yang tersenyum dan menghargai anda.
Wujudkan perasaan ingin tahu untuk mengenali diri pembeli. Teknik ini berkesan kepada pakcik makcik yang telah berumah tangga. Tanyalah mereka tinggal dimana, berapa anak dan sebagai. Soalan-soalan yang simple ini akan mengeratkan hubungan anda dengan pembeli.Tapi jangan tanya lebih-lebih, nanti lain pula difikirnya. Yang penting jangan menyentuh isu sensitif mereka. InsyaAllah ia akan menambahkan pembeli anda.
8. Biar orang berkerumun di depan gerai anda
Apa yang saya perhatikan orang ramai lebih suka membeli di tempat yang ramai orang berkerumun. Bila lihat tempat yang dikerumuni ramai pembeli, mereka mula tertanya-tanya. Apa yang dijual? Dan mereka menyangkakan masakan ditempat tersebut mesti sedap. Ini akan menambah lagi ramai pembeli.
Jadi sebagai penjual, anda jangan tergesa-gesa menyiap order pelangan. Perlahan-lahan membungkus dan biarkan mereka menunggu. Nanti lebih ramai yang akan datang menjenguk. Biasanya orang memang suka ke tempat yang ramai pembeli. Ini juga merupakan satu strategi membantu perniagaan anda.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4d. Strategi Bisnes Pasar Malam
Selelu menceritakan kelebihan makanan anda juga cara membina kesetiaan pelangan. Ia sama teknik dalam iklan TV yang menyumbatkan pemikiran positif ke dalam minda pembeli .
Semasa pelangan membuat pilihan, jangan diganggu. Pembeli tidak suka diganggu semasa membuat pilihan. JIka tidak mereka akan serik membeli di tempat anda. Dan selepas siap mereka membuat pilihan barulah anda boleh offer mereka sesuatu yang lain. Contohnya mereka telah memilih taufufah. Anda boleh offer mereka air tahu seperti ini “Kak, kalo makan taufufah, elok minum air tahu tentu lebih sedap”. Nanti akak tu akan kata ”Betul jugak, bagi akak satu lah air tahu tu”


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4e. Cara Memohon Tapak Niaga
Tapak pasar malam dan bazar ada dua jenis. Satu milik majlis perbandaran dan yang kedua milik ajk kampung atau taman.
1. Cara momohon tapak pasar malam milik majlis perbandaran.
Step 1: Elok telefon dulu majlis perbandaran di tempat anda. Anda boleh dapatkan nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda dari operator telekom. Call ‘103’ guna handphone. Tanya pada operator telekom nombor telefon majlis perbandaran di tempat anda. Seterusnya telefon majlis perbandaran tersebut.
Bila pegawai majlis mengangkat telefon, minta mereka sambungkan pada bahagian yang menguruskan lesen pasar malam. Tanya mereka bagaimana cara memohon pasar malam. Walaupun caranya ada disini namun elok tanya juga sebab takut ada perubahan.
Langkah kedua. Biasanya anda kena tunggu offer dari pihak majlis perbandaran. Offer ini ialah maklumat tapak kosong yang dibuka untuk permohonan. Biasanya pihak majlis akan buka tiga bulan sekali untuk semua kawasan pasar malam jagaannya. Offer ini biasanya ditampal di sighboard dalam pejabat majlis perbandaran di jabatan yang menguruskan tapak pasar malam. Semasa ada call mereka, tanya sekali bila tarikh mereka buka offer.
Langkah ketiga: Bila offer keluar, piihak majlis akan senaraikan kawasan-kawasan pasar malam dan jumlah tapak kosong, hari pasar malam dan hari temuduga. Contohnya. Tamah angerik hari rabu 10 kosong, taman setia hari selasa 15 kosong, taman Selam hari isnin 5 kosong. Seterusnya anda perlu beli borang permohonan tapak pasar malam dari majlis. Isi borang tersebut dengan pilihan tapak pasar malam anda. Anda memang boleh pilih lebih dari satu. Jika pihak majlis memerlukan suntikan folio dan menghadari kelas penyediaan makanan ada diterangkan caranya di cara memohon penjaja tepi jalan di modul 6.1
Langkah ke empat. Selepas isi borang anda tidak perlu hantar. Tetapi anda hanya perlu bawa borang tersebut pada hari temuduga. Pihak majlis akan temuduga anda. Hanya perlu bawa borang dan ic sahaja. Biasa pihak hanya akan tanya latar belakang anda, keluarga anda dan sebab berniaga. Anda perlu yakinkan mereka yang anda akan berniaga lama dan produk anda bagus. Tanya mereka juga bila mereka akan buat panggilan jika diterima.
Lengkah ke lima: Menunggu jawapan dari pihak majlis. Masa saya mohon dulu, berbulan-bulan juga baru pihak majlis akan menghubungi atau call saya memberitahu tapak yang diberi.
Langkah ke enam: Datang ke pejabat majlis perbandaran dan buat pembayaran lesen. Anda akan terus menerima lesen pasar malam dan nombor tapak pasar malam anda. Dan anda boleh terus berniaga pada hari pasar malam anda.
Sekiranya pihak majlis meminta anda buat suntikan folia, hadir kelas penyediaan masakan atau daftar nama perniagaan, caranya ada di no 1. iaitu cara memohon tapak penjaja tep jalan. Kerana lain mungkin perlu buat.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4e. Cara Memohon Tapak Niaga
2. Cara momohon tapak pasar malam milik ajk kampung
Untuk pasar malam ajk kampung sangat mudah. Anda hanya perlu berjumpa dengan ketua ajk kampung tapak pasar malam. Jika ada kosong, anda boleh terus masuk berniaga. Bayaran akan dikena setiap hari niaga iaitu RM 5 hingga RM20 sehari mengikut tempat.
Langkah 1: Anda perlu berjumpa dengan ketua ajk kampung tapak pasar malam. Biasanya dalam pukul 6.30 petang mereka akan kutip sewa tapak pasar malam.
Langkah 2: Terangkan perniagaan anda dan jika ada kosong dan mereka bersetuju, anda boleh berniaga. Tidak perlu isi borang dan tidak perlu temuduga.
Untuk tahu tapak pasar malam tersebut milik ajk kampung atau milik majlis perbandaran, anda hanya perlu tanya dengan peniaga pasar malam di situ.
3. Cara memohon bazar ramadhan dan pilih bazar yang ramai.
Cara memohon bazar ramadhan sama sahaja seperti cara memohon pasar malam. Untuk milik ajk kampung anda kena berjumpa ketua ajk kampun . Untuk milik majlis perbandaran anda perlu pergi ke majlis perbandaran. Cuma offer dibuka untuk permohonan dibuka awal sebulan lebih sebelum bulan puasa. Dan harga lesen biasanya rm300 utk sebulan atau tiga puluh hari.So anda kena bertanya pihak majlis dan ketua ajk kampng seawal yang mungkin.
untuk mengetahui bazar ramadan dan pasar malam yang bagus, anda kena rajin bertanya dengan peniaga-peniaga pasar malam di tempat anda. Nasihat terbaik dari orang lama. Anda kena rajin berbual dengan peniaga pasar malam. Jika anda baru mula, semasa membeli makanan di pasar malam, datang awal dan cuba tegur mereka dan berbual danbertanya bazar yang ramai dan tidak ramai orang.
3. Cara memilih dan memohon tapak di hypermarket.
Cara memohon tapak di hyermarket nie dari rakan saya yang pernah berniaga di sana.
Langkah 1: Anda kena berjumpa dengan manager yang menguruskan tapak niaga di hypermarket. Anda boleh bertanya pada security guard di mana pejabat manager yang menguruskan tapak niaga.
Langkah 2: Jika ada kosong, pihak manager akan meminta anda senaraikan produk yang dijual, kelengkapan, perabut dan peralatan elektrik yang akan diletakkan di tapak niaga. Semuanya kena diterangkan dengan jelas sebab anda tidak boleh sesuka hati tambah produk lain atau peralatan lain selain yang diberitahu.
Langkah 3: Selepas sebulan pihak manager akan memberi jumlah deposit dan sewa. Harga deposit dan sewa bergantung pada saiz tapak dan peralatan elektrik yang akan diletakkan. Sebab sewa sudah termasuk dengan bil elektrik. Jika anda ingin tambah pili air, harga sewa dan deposit akan lebih mahal. Biasanya deposit dalam 1ribu-5ribu bergantung pada hypermarket. Begitu juga dengan sewa.
Langkah 4: Apabila telah masuk berniaga di hypermarket, anda tidak boleh cuti atau tidak buka gerai walaupun sehari. Jika sehari anda tidak buka gerai, saman rm200-rm500 akan dikenakan. Jika anda ingin bercuti, anda kena isi borang seperti anda berkerja di pajabat. Masa buka gerai dan tutup gerai pun kena ikut seperti yang ditetapkan.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
4f. Cara Mendapatkan Peralatan Niaga
1. Jenis-jenis peralatan yang digunakan

Meja lipat 6 besi kaki yang biasa dijual di kedai hanya boleh tahan berat 2 balang air 33liter. Sekiranya anda ingin letak lebih balang, anda kena guna meja lipat 8 besi kaki seperti gambar di atas nie. Biasa peniaga tempah khas dari kedai grill. Atau anda boleh beli secara pos dari penjualnya iaitu en Muz di +60179273388. Harganya dalam rm250 untuk besi 8 kaki. Anda juga boleh mencarinya di www.mudah.my
Cara pasangnya pun mudah. Jika rujuk gambar di atas yang telah dibuka. Untuk simpan, anda hanya perlu angkat keluar papan terlebih dahulu. Kemudian kaki besinya dirapatkan dengan tolak ke dalam sahaja. So utk memasangnya, anda hanya perlu buka kaki besinya dan buka bahagian atasnya. Seterusnya letakkan papan di atasnya.

Kanopi ini size 6kaki X 6kaki atau 2meter X 2meter. boleh call 03-60571884 untuk beli by pos. Atau di www.mudah.my ramai yang jual kanopi nie dan boleh diposkan ke rumah. Anda hanya perlu taip kanopi pasar malam di www.mudah.my. Harga dalam rm180.
Cara pasangnya pun mudah. Ia ada empat kaki. Tarik dulu kesemua kaki sehingga ia terbuka kembang. Kemudian tolak bahagian tengah dari bawah ke atas. Kemaskan bahagian kain di bucu-bucu di bahagian atas diperkemaskan. Kemudian panjangkan empat kaki besi dengan tarik besi kaki ke bawah. Siap. Anda akan lebih paham selepas anda membelinya. Ia sangat senang.

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4

4f. Cara Mendapatkan Peralatan Niaga

Balang air di atas untuk size 33 liter dan 30 liter. Untuk 33 liter biasanya dijual pada harga RM180 untuk 33liter dan rm130 untuk 30liter. Cedok air akan diberi percuma. Boleh Call/ SMS/ Whatsapp Nadia 016-7145382 / Wan 016-7145390. Atau juga boleh dibeli secara pos di www.mudah.my.
Bekas isi air gula boleh guna apa sahaja bekas plastik atau aluminium yang bersaiz kecil. Banyak dijual dihypermarket. Harganya murah dan tak sampai rm10. Alas meja juga boleh dibeli di kedai runcit., Harganya ikut meter dan sangat murah.
2. Cara mendapatkan peralatan dan bahan mentah bisnes air.
Untuk yang baru nak bermula niaga tentu akan akan tertanya-tanya di mana tempat beli peralatannya. Sebenarnya cara cari sangat mudah. Iaitu dengan bertanya dengan peniaga-peniaga di sekitar anda.
Jangan segan untuk bertanya kerana peniaga makanan sebenarnya baik. Yang penting kena bertanya dengan cara baik. Anda boleh bertanya dengan sesiapa sahaja peniaga makanan atau minuman. Anda cuma tanya dimana mereka beli meja lipat dan payung dan bahan menta mereka. Jika anda dapat tempatnya, biasanya semua peralatan pasti ada dijual kedai yang sama atau berdekatan. Sama juga dengan bahan mentah.
Elok tanya dengan dua atau tiga peniaga. Sebab setiap peniaga ada maklumat yang berbeza, Jika seorang peniaga tak nak layan, jangan sedih. Tanya dengan peniaga yang lain. Biasa mereka akan bagitahu.
Untuk bahan-bahan pun sama. Saya lebih suka tanya dengan penjaja-penjaja tepi jalan sepeti penjual goreng pisang. Sebab biasanya mereka ramai kawan dari kalangan orang yang singgah di kedai mereka. Anda juga boleh bertanya dengan peniaga kedai runcit. Biasa mereka pasti tahu sebab mereka ada kawan-kawan yang bercerita dengan mereka. Biasanya pelbagai bahan mentah yang diperlukan peniaga di jual di tempat atau kawasan yang sama..

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 4
MODUL 5: BONUS TAUHU & LAIN-LAIN
6a. Video Buat Tauhu Lembut & Keras
Di dalam video ini kita akan belajar membuat tauhu lembut. Langkah pertama kita perlu mebuat air soya pekat sama seperti air soya pekat taufufah. Cuma kuantiti kacang soya ditambah sahaja. Seterusnya masukkan bahan pengeras seperti membuat taufufah. Selepas siap, masukkan ke dalam acuan dan ditekan padat untuk menjadi tauhu lembut.
Untuk tauhu keras pula, cara membuatnya sama seperti tauhu lembut. Cuma sukatan kacang soya ditambah dari 300gm kepada 500gm. So kita gunakan 500gm kacang soya untuk tauhu keras. Manakala bahan lain semua nya sama. Cara membuatnya pun sama. Jom tonton videonya.
Video 5a: Cara Buat Tauhu Lembut & Keras

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5b. Cara Buat Duit Dgn Jadi Agen Promosi
Anda boleh buat duit dgn menjadi agen promosi produk ini. Komisen yang diberikan ialah RM20 dari jualan setiap pakej. Kalau anda dapat jualan 10 pakej maka komisen anda terima adalah rm20X10=RM200 untuk anda. Lumayan
Web daftar: www.rahsialoaf.com/daftarku5
Web Log in: www.rahsialoaf.com/login
Soalan Lazim agen: www.hairul.com/blog/agen
Elok anda tonton video di website di bawah untuk cara mendaftar, cara log in dan cara mendapatkan komisen:
Video 7a. Cara Menjadi Agen

Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5c. Artikel Petua Kejayaan Yang Menarik
Saya ada tulis tiga artikel menarik yang akan membantu anda untuk hidup lebih bahagia dan murah rezeki. Memang menarik artikel ini. Klik link di bawah untuk baca artikelnya:
1. Tips Hidup Bahagia & Murah Rezeki <<< Kilik Sini
2. Bahaya Mulut Yang Memberi Kecelakaan Dalam Hidup <<< Klik Sini
3. Berhati-hati Memilih Kawan Agar Hidup Lebih Bahagia <<< Klik Sini
Saya ada menulis artikel yang menarik tentang cara memulakan bisnes bagi mereka yang baru dan lama. Jom baca
1. 7 Langkah Memulakan Bisnes Makanan Paling Berkesan <<< Kilik Sini
2. 5 Tips Cara Tambah Pendapatan Sampingan Dari Pegalaman Pembeli<<< Klik Sini
3. Persediaan Sebelum Bersara Dari Kisah Arwah Ayah<<< Klik Sini
4. 5 Sebab Punca Kegagalan Bisnes Makan Yg wajib Anda Tahu<<< Klik Sini


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5d. Senarai Produk Menarik Yang Lain.
1. Belajar donut ala big apple, roti buku ala gardenia dan sarang lebah di: www.rahsialoaf.com
2. Belajar13 kek hari jadi di: www.deco.rahsiakek.com
3. Aneka bun pau & pizza di: www.rahsiabun.com
4. Kek butter, lapis dan swiss roll hotel di www.bisneskek.com
5. Aneka puff, croissant, danish & Cream Puff di: www.rahsiapuff.com
6. Aneka putu homemade, piring, bambu, mayam di: www.rahsiaputu.com
7.Bisnes air, dadih & mouse dessert hotel di: www.bisnesair.com
8. Air soya taufufah di: www.rahsiataufufah.com
9. Resepi roti canai, murtabak & thosai di: www.resepiroticanai.com


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5e. Kenapa Resepi Tidak Boleh Di Share Terbuka
Seperti yang diberitahu dalam website, dvd ini untuk kegunaan anda, keluarga anda dan perniagaan anda. Bukan tujuan untuk diedarkan atau dijadikan bahan mengajar orang lain. Anda tidak dibenarkan berkongsi segala resepi atau teknik di dalam video ini. Jika rakan anda berminat belajar, mereka perlu membelinya dari Hairul HIssam atau anda boleh belikan untuk mereka sebagai hadiah.
DVD ini dijual di internet. Jika anda share pada kawan anda dan kawan anda share pada kawan yang lain. Dan kawan yang lain pula share di internet, ia akan memberi kesan yang teruk kepada bisnes online saya. JIka anda sendiri buat bisnes ini secara fulltime seperti saya, anda tentu risau & buat perkara yang sama. Semoga anda menjaga keberkatan iagar anak anda, keluarga anda dan rakan anda sihat dan baik.
Penafian: Video ini dihasilkan berdasarkan pengalaman penulis untuk pembelajaran pembeli. Penulis tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kerugian, kesilapan atau kecederaan yang ditanggung oleh pembeli semasa mempraktikkan video ini.


Klik Sini Utk Ke Atas List Modul 5
5f. Support Dan Bantuan Pembeli
Pastikan anda telah tonton dan baca dengan teliti semua video dan tips sebelum bertanya. Bukannya tengok sikit, whatsaap, tengok sikit whatsapp. Sebenarnya semua telah diterangkan di dalamnya. Namun jika anda pertanyaan dan masalah boleh hubungi saya melalui whatsap di bawah:
Whatsapp: +60137757915
Kalau boleh, hantar dalam satu mesej. Panjang tak pe. Maklumlah ramai sangat pembeli dan bakal pembeli yang menghantar mesej tak henti-henti.


